Lelaki Ini Berkongsi Tips Orang Bergaji RM1500, Memiliki Rumah, Kereta, Kahwin dan Simpanan RM33K
Bujang gaji RM 1500/bln blh beli 3 buah rmh + kereta + kahwin + saving RM 33k ???
Tiada apa yg mustahil kalo kt berusaha..
Idea ini datang dari shbt sy Khairul Ezuwan Penulis asal Hamba Tuhan
Saya bagi Contoh seorang yang baru
bekerja dengan gaji bersih RM1500. Andaikan kenaikan gaji RM100 setahun.
Target untuk berkahwin lagi 5 tahun, perlukan duit untuk berkahwin,
ingin memiliki Rumah , kenderaan
dan simpanan masa depan.
dan simpanan masa depan.
1. Kalau saya suruh simpan RM1000 sebulan boleh tak? memang tak la. kena maki tak henti saya nanti kang.
Begini, buat simpanan tetap sebulan
RM300, Buat pinjaman ASB 50K dari Mula bekerja dengan komitmen bulanan
lebih kurang RM300. Debt Service Ratio (DSR) waktu ini adalah 20%.
Kawal perbelanjaan harian anda :
a) Sewa rumah = RM200 (Sewa dengan kawan-kawan
bujang)
b) makan minum = RM500
c) minyak motor = RM100
d) bagi orang tua = RM100 (Jangan anggap sebagai
beban)
e) telefon = RM100
f) lain-lain = RM200
a) Sewa rumah = RM200 (Sewa dengan kawan-kawan
bujang)
b) makan minum = RM500
c) minyak motor = RM100
d) bagi orang tua = RM100 (Jangan anggap sebagai
beban)
e) telefon = RM100
f) lain-lain = RM200
2. Gunakan kaedah buat extra income
seperti overtime sebagai kaedah untuk memenuhi keperluan jika tidak
mencukupi dan boleh bagi lebih kepada ibu bapa.
3. Saya nak share salah satu option
untuk raih pendapatan Dari property untuk create cash flow, simpanan
atau membina modal dengan kos yang minima iaitu SUBLET, mungkin ada yang
biasa dengar, Ada yang tidak biasa. Sublet adalah Sewa ke atas sewa
atas property.
4. Target profit untuk 1 rumah sublet
RM200 (sublet basic unit). Target memiliki rumah sublet 6 biji dalam
tempoh 12 bulan. maknanya dapatkan satu biji setiap 2 bulan (lagi cepat
lagi baik). Simpan hasil sewaan tadi dlm satu simpanan tetap seperti
ASB, tabung haji @ SSP dalam tempoh 12 bulan.
Saya bagi contoh dapat rumah sublet
pertama Jan, seterusnya Mac, Mei, Julai, Sept dan Nov. so hasil sewaan
dalam tempoh 1 tahun :
RM2400 + RM2000 + RM1600 + RM1200 + RM800 + RM400 = RM8400 .
Beli kereta second hand cash contohnya proton wira RM6000.
5. Cukup 1 tahun Dividend ASB pinjaman RM50K mula-mula tadi Sudah menghasilkan dividen Hampir RM4000.
Cari sebuah Rumah lelong low cost yang
berharga lingkungan RM50K. Gunakan wang dividen RM4000 tadi sebagai
deposit + sedikit duit simpanan dari hasil sublet tahun pertama tadi.
Kos lawyer, stamp duty + valuation + MRTT boleh request masuk dalam
pinjaman.
Installment lebih kurang RM250, sewakan
RM500 contohnya. Gaji bersih waktu ini RM1600.DSR waktu ini 37%.
(Pastikan buat tenancy agreement). Positive cashflow Rumah sendiri ini
RM250 sebulan.
6. Cukup setahun, Tambah lagi pinjaman ASB RM150K.
Pecahkan kepada 3 sijil RM50K x 3.
Komitmen ASB sekarang RM50K + RM150K. Maka komitment bulanan kesemuanya
adalah lebih kurang RM1200. Gunakan semua hasil pulangan sublet RM200 x 6
buah = RM1200 sebagai installment bulanan. Komitmen bulanan asal RM300
pada sijil 50K yang pertama juga telah bebas. Kekalkan komitmen ini
selama 4 tahun tanpa usik dividend dan cancel kesemua pembiayaan ASB
tersebut dalam tempoh 4 tahun. Dalam tempoh 4 tahun itu menghasilkan
dividen terkumpul + value principal = RM67,000 + RM17,000 = RM84,000
cash (boleh gunakan RM2000 setahun dari dividen untuk reward diri pergi
bercuti dan keluarkan zakat) = total cash tinggal lebih kurang RM76,000
* ASB boleh rolling dividen sekiranya
terputus sewaan sublet. Pecahan sijil sebagai option cancel sebahagian
pinjaman sekiranya kurang kemampuan disebabkan terputus sebahagian
pendapatan.
* Jika terputus satu rumah, cari pengganti rumah lain.
* Jika terputus satu rumah, cari pengganti rumah lain.
7. Gunakan kos RM300 yang bebas tadi,
RM200 tambahkan sumbangan bulanan kepada Ibu bapa yang sebelum ini RM100
sahaja. Baki lagi RM100 + cash flow RM250 pada sewa rumah = RM350
sebagai extra payment kepada rumah yang dibeli. Selepas 4 tahun, baki
pinjaman rumah tersebut tinggal RM26,000.
Gunakan cash RM76,000 + RM8,000 dari EPF Acc 2 untuk buat full settlement untuk rumah tersebut. RM84K – RM26K = baki cash RM58K
Gunakan cash RM76,000 + RM8,000 dari EPF Acc 2 untuk buat full settlement untuk rumah tersebut. RM84K – RM26K = baki cash RM58K
8. Waktu ini gaji bersih sudah Naik kepada RM2000.
Cari 1 biji Rumah Lelong @ subsale yang berharga Lingkungan 100K, keluarkan RM10K ++ .bayaran bulanan RM500. DSR waktu ini 21%. sewakan RM700 sebagai contoh Dan buat tenancy agreement. Baki cash RM48K.
Cari 1 biji Rumah Lelong @ subsale yang berharga Lingkungan 100K, keluarkan RM10K ++ .bayaran bulanan RM500. DSR waktu ini 21%. sewakan RM700 sebagai contoh Dan buat tenancy agreement. Baki cash RM48K.
9. Gunakan kos RM15K untuk kahwin.
Jangan terlalu boros untuk majlis perkahwinan. Fikirkan kehidupan anda
Selepas berkahwin adalah lebih penting. Baki cash sekarang RM33K
10. Selepas berkahwin joint pinjaman
rumah dengan isteri untuk dapatkan sebuah rumah untuk kegunaan sendiri
yang contohnya berharga RM250K dengan installment bulanan RM1200. Cari
Rumah below market
value untuk minimize cost deposit. Boleh
guna sebahagian cash yang ada untuk persediaan kelengkapan masuk ke
rumah tersebut. Gunakan keuntungan bulanan sublet RM1200 untuk bayar
installment rumah setiap bulan.
Dalam tempoh 5 tahun:-
a) miliki 3 buah rumah dan satu daripadanya Habis dibayar.
b) mempunyai kereta walaupon tidak hebat.
c) dapat kumpul duit untuk berkahwin
d) dapat memberi sumbangan lebih Baik kepada Ibu Bapa.
e) mempunyai simpanan lebihan RM33K
a) miliki 3 buah rumah dan satu daripadanya Habis dibayar.
b) mempunyai kereta walaupon tidak hebat.
c) dapat kumpul duit untuk berkahwin
d) dapat memberi sumbangan lebih Baik kepada Ibu Bapa.
e) mempunyai simpanan lebihan RM33K
- Kaedah sublet ini sama juga seperti anda menyewakan rumah sendiri, cuma melibatkan deal dengan owner rumah. Itu antara skill yang perlu anda belajar.
- Bila bergaji kecil, Kita tidak banyak option selain tambahkan pendapatan.
- Ada yang buat sublet dapat keuntungan satu buah rumah RM500 hingga RM1000. Sebab itu perlukan Ilmu. Ilmu akan mudahkan perjalanan anda.
- Tiada teori yang sempurna, tulisan ini sekadar Idea dan pembuka minda. Mungkin kaedah ini tidak sesuai kepada semua orang, Tapi mungkin ada segelintir yang nampak ini sebagai peluang untuk ubah diri mereka.
No comments:
Post a Comment