5 Cara Simpan Duit Tanpa Stress
Sebab sebenar?
Kalau nak ikutkan data dan statisitik, banyak lagi yang boleh saya tunjukkan. Tapi itu semua tak membantu menyelesaikan masalah. Kebanyakan kita tau savings tu penting, tapi kebanyakan kita tak buat. Kenapa?Sebab kita terlalu bergantung kepada willpower kita. Willpower tu ialah kekuatan mental kita untuk disiplinkan diri simpan duit walaupun banyak benda best kita boleh buat dengan duit tu. Kita boleh beli handbag, pegi Paris, tukar rim kereta, etc etc. Tapi kita tak pergi. Sebab nak simpan duit.
Willpower ni bukan satu benda yang tak akan habis. Depending on kita punya personality, tak ramai orang yang boleh tahan tak buat apa-apa dengan duit dia untuk jangka masa panjang.
Satu lagi, kalau ghairah sangat simpan duit sampai tak guna langsung pun, akan effect quality of life kita. Hidup bukan sekadar kerja and simpan duit. Kita masing-masing ada minat, impian, kehendak etc yang perlu dipenuhi – kalau semua dipendam sebab nak simpan duit boleh jadi mental dibuatnya.
So macam mana nak dapat balance antara simpan duit dengan quality of life ni?
1. Gunakan teknologi untuk jimat willpower
Willpower ni tak tahan lama. Paling kuat 2-3 hari maksimum dia berkesan. Sebab tu azam tahun baru jarang orang capai. Tapi teknologi tak perlukan willpower. So kita mintak tolong teknologi untuk uruskan duit kita. Macam mana? Gunakan “Standing Instructions” untuk bayar bil kita.Kenapa teknik ni berkesan? Sebab kalau kita buat manual, mula lah terasa rugi nak letak duit tu dalam savings and investment. Mula lah teringat Coach sekarang ada sale. Mula lah janji dengan diri sendiri, “Takpe, bulan ni aku pakai dulu, bulan depan aku saving double.” Janji manis yang jarang ditepati.
So buat akaun savings, investment, set up standing instruction untuk agihkan duit dalam akaun tu secara automatik. So kita tak payah berperang dengan nafsu setiap kali dapat gaji. Masuk je gaji system akan uruskan savings. Senang, tak payah bergantung kepada kekuatan mental yang tak berapa nak kuat ni.
2. Pay Yourself First
Apa maksudnya? Cuba fikir setiap kali dapat gaji, siapa yang dapat duit kita dulu? Income tax dulu baru sampai tangan kita kan? So first kita bayar kat gomen. Nombor dua apa? Biasanya kereta/motor ataupun rumah. Ini siapa yang tolong kita beli? Bank la siapa lagi, tak ramai orang ada RM500,000 untuk beli rumah cash.So lepas tu siapa pulak dapat duit tu? Beli barang dapur, shopping, gadget, dan macam-macam lagi cara nak habiskan duit. Siapa yang kaya? Supplier benda-benda tula.
Pay yourself first maksudnya kita letak tepi bahagian kita dulu sebelum kita bayar bank, gomen, shopping mall, dan lain-lain.
Maksudnya jugak kalau disebabkan nak letak tepi duit untuk savings tu, tak dapat beli handbag baru bulan ni, saya beli handbag bulan depan.
3. Live your life
Ramai orang tak simpan duit. Itu kita tau. Ada segelintir pulak yang savings sangat-sangat sampai tak tau nak enjoy life. Itu kedekut namanya. Orang kedekut ni rezeki susah nak datang. Kalau nak rajin savings, kita kena bagi kat diri kita ni “snapshot” sikit macam mana bestnya life kita bila dah banyak harta nanti.Cara dia? Letak tepi sebahagian income kita tu untuk kita enjoy macam mana yang kita suka. Contoh kalau savings 10%, investment 10%, dan insurance 10%, saya akan letak tepi 10% untuk enjoy.
Sebagai contoh, kalau gaji RM5000, gunakan 10% duit enjoy. Duit ni memang boleh gunakan untuk apa saja yang kita nak. Saya pernah gunakan untuk makan restoran mewah dengan bill sampai RM300 sekali makan. Takpe. Habiskan sekali duduk pun takpe.
Kita nak biasakan minda kita ni dengan lifestyle orang yang kaya. Baru subconcious kita akan bantu kita maju ke arah tu. Lagipun, kalau tak buat macam ni, lama-lama kita tak tahan dan akan habiskan semua duit untuk beli barang yang kita nak.
Savings, savings jugak. But you must live your life.
4. Gunakan Produk 2-in-1 atau 3-in-1
Walaupun jenama kopi dan teh yang popularkan konsep ni, dia boleh apply jugak kat pengurusan duit. Apa maksud 2-in-1? Produk yang menawarkan savings dan protection dengan sekali bayar. Contohnya insurans. Atau unit trusts yang merupakan savings dan investment serentak.Dengan buat macam ni kita tak pening sangat. Nanti bila dah terror, kita boleh buat investment yang lebih focus pada investment sahaja, tapi kena pelan-pelan. Uruskan kewangan ni skill, yang kita mesti practice sampai jadi pandai.
5. Utamakan BIG WINS, bukan small wins
Apa benda tu? Big wins ni benda yang kita buat sekali, pulangan dia besar. Contohnya:- negotiate gaji yang lebih tinggi di tempat kerja sekarang atau tempat kerja lain
- mula melabur pada usia muda
- cari extra income selain gaji
Lebih senang nak simpan duit kalau banyak duit. Gunakan 80% masa dan tenaga kita untuk dapatkan big wins di atas. Baru kita cepat maju.
Itulah sedikit sebanyak tips yang saya harap lain sikit dari apa yang kita biasa dengar. Memang susah nak simpan duit dan fikir benda ni semua, kita buat jugak sebab lagi susah kalau tak simpan duit dan fikir ni semua. Sekian.
No comments:
Post a Comment