Tahukah anda, bahawa kereta adalah
liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia
adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang,
malah terpaksa mengeluarkan wang.
Dengan memiliki kereta, kita terpaksa
mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai
jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak
gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.
Jika ada yang mengatakan kereta adalah
aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans
yang dibayar oleh pembeli kereta.
Pada tahun 2011, CEUPACS pernah
mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang
diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah
hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.
Malah, tidak sedikit daripada mereka
yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30
tahun. Siapakah mereka ini?
Kebanyakkan meraka adalah
graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada
universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak
diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.
Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun,
maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk
membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan
jika 7 tahun, atau 9 tahun?
Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru
berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta
masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.
Sebuah kereta yang berharga RM50,000
yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan.
Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah
kira-kira RM70,000.
Formula Bank
Formula bank dallm meneliti
kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1
per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum
mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans
kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga
RM45,000 selama 9 tahun.
Jangan
gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan
kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.
Ia berlaku kepada graduan muda kerana
ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen
kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.
Dari masa ke semasa, tahun ke tahun,
komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta
menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan
komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.
Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.
Formula Pembelian Kereta Secara Bijak
Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.
Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai
Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.
Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu
membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita
mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.
Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!
Jika dicampur dengan keuntungan jika
dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah
RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan
terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli
kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran
bulanan kereta.
Formula 2: Deposit Tinggi
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.
Tip ini boleh digunakan jika membeli
kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk
menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.
Cuba bandingkan kereta yang berharga
RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama
dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia
mengurangkan keuntungan bank.
Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!
Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji
Afyan Mat Rawi
Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.
Baiklah, saya berikan satu lagi cara
yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua.
Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang
untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans
takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.
Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.
No comments:
Post a Comment