Menjemput Rezeki
Sumber: http://www.pascasiswazah.com
Kisah ini telah dikongsikan oleh seorang doktor wanita yang bernama Dr. Siti Ujila yang telah berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat PhD dengan cara paling mudah seperti satu magik. Ikuti kisahnya bagaimana beliau menjemput kejayaan tersebut.
SETAHUN BUAT Ph.D TANPA HASIL, DI SINI SAYA MENEMUI RAHSIA ‘MAGIK’ TERSEBUT: ‘SHORT CUT’ UNTUK MERAIH KEJAYAAN.
Masya Allah, saya benar-benar tak sangka kisah yang saya
share baru-baru ini mendapat hampir 600 shares. Semoga anda yang
membacanya mendapat manfaat dan segala kebaikan datangnya dari
Tuhan. Sebenarnya, kalau anda ingin tahu, saya pernah melalui situasi
yang sama. Malah lebih parah sebab waktu itu saya stuck dalam kajian
Ph.D saya. Sudah setahun berhempas pulas siang dan malam, tapi masih
tiada penyelesaian untuk kajian saya itu. Saya menemui jalan buntu.
Setiap hari saya risau memikirkan ratusan ribu ringgit yang perlu
dibayar balik kepada penaja sekiranya saya gagal mendapatkan Ph.D. Tapi
masha Allah, dari situlah Tuhan mengajar saya rahsia ‘mudah berjaya’
tersebut. Rahsia bagaimana sesuatu yang sukar boleh jadi mudah, yang
impossible jadi possible. Sehingga sekarang saya masih ter-“wow” dengan
kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis memberitahu, pada
akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D ‘without amendment’. Subhanallah.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
Di situlah saya belajar ‘magiknya pertolongan Tuhan’. Ia
satu kisah yang sering saya ulang-ulang di hadapan anak didik. Kerana
kadang kala mereka hampir berputus asa dan merasa yang diri mereka tidak
pandai mana. Bukan begitu.Saya percaya setiap orang hebat, cuma kita
perlu tahu ‘rahsia’nya. Rahsia untuk membuka pintu kejayaan dengan
mudah. ‘Don’t bang the door. Find the ‘Key’
Kali ini saya ingin kongsikan kisah tersebut buat anda yang
sudi singgah dan membaca perkongsian kecil ini. Kisahnya agak panjang,
tapi mudah-mudahan anda mendapat manfaat darinya. Amalkan dan lihat
bagaimana ‘magik’ dari Tuhan datang dalam hidup anda dan sebenarnya
itulah yang saya alami kini setiap hari.
INGIN TAHU ‘SHORT CUT’ UNTUK MERAIH KEJAYAAN?
Suatu hari, dalam perjalanan pulang dari menyampaikan
ceramah ‘Ihya’ Ramadhan’ kepada warga Malaysia di bumi Canterbury, New
Zealand, suami bertanya, “Mana pergi adik-adik undergrad kita? Kenapa
diorang tak join? Yang datang berapa kerat je. Itu pun muka-muka
yang sama”
Memang benar. Ballroom hostel yang menjadi tempat program
berlangsung kelihatan sunyi tanpa kehadiran adik- adik undergraduate.
Kecuali beberapa orang yang memang selalu ada. Yang hadir lainnya,
adalah pelajar pelajar Master dan Ph.D yang rata-rata sudah berkeluarga.
Suasana dalam kereta sunyi sepi sebentar. “Ada aktiviti di universiti
kot” jawab suami apabila melihat saya tidak memberi sebarang jawapan.
Dia yang tanya, sudahnya dia juga yang bagi jawapan. Bukan saya tidak
memberi perhatian. Sebenarnya soalan suami itu menyebabkan fikiran ini
jauh melayang. Lipatan hidup sebagai seorang undergraduate di University
of Minnesota terselak satu per satu. ‘Dulu saya pun macam tu’ – jawab
saya jujur. Tapi kata-kata itu hanya mampu diucapkan di dalam
hati. Benar, hampir setiap kali ada program dianjurkan saya hanya buat
‘donno’. Bukan itu saja, saya memilih untuk tidak mahu terlibat dalam
jawatankuasa persatuan pelajar walaupun semasa di MRSM Jasin saya
memegang jawatan ‘Vice President’ . Apabila kawan meminta tolong, saya
banyak mengelat. Macam-macam alasan saya beri. ‘Lebih baik aku belajar.
Semester ni aku mesti dapatkan ‘4-flat’ lagi.’ Begitulah selalunya suara
kecil dalam diri saya berkata. Sampai ke satu tahap, kawan serumah buat
solat terawih dan tadarus Al-Quran pun saya tak join. Saya di mana?
Belajar.
Astaghfirullahal’azim. Betapa teruknya sikap saya waktu
itu, siang malam belajar demi mengejar kejayaan. Kerana di fikiran saya,
apabila disebut ‘usaha tangga kejayaan’ saya memahaminya macam rumus
matematik: 1+1=2. Bahasa mudahnya, makin banyak berusaha makin mudah
berjaya. Semakin banyak spend masa mengulangkaji pelajaran dan semakin
banyak latih tubi dibuat, maka peluang untuk score A lebih besar.
Umpamanya 30+50 = 80. Sedangkan kalau terlibat dengan aktiviti
persatuan, tentulah kurang masa belajar. Tak cukup masa buat latih tubi.
Elok-elok dapat markah 80, turun jadi 60 pula. ‘Nanti tak score pula.
Lebih baik focus untuk belajar.’Begitulah saya mencongak-congak di
fikiran.Selepas berusaha sehabis baik, saya akan buat solat
hajat sebelum peperiksaan, berdoa memohon agar Tuhan menolong semasa
menjawab soalan nanti. Harap-harapnya 80+20 = 100 dan moga-moga saya
dapat A.
Begitulah cara saya bertawakal. Masa itu saya rasa kejayaan
ibarat berada di sebalik sebuah pintu namun pintu itu berkunci dan saya
perlu bekerja keras untuk membukanya. Kerana itu saya menggunakan
‘Formula 80/20’: 80% usaha, 20% tawakal. Banyakkan usaha, insha Allah
lebih mudah ‘pintu’ terbuka. Namun secara jujurnya, perasaan saya amat
tertekan. Itu pun saya masih belum sedar yang sebenarnya ‘formula’ rajin
saya tidak tepat. I was actually banging the door.
Apabila saya buat Ph.d, ternyata ‘pintu’ kejayaan itu lebih
kebal. Walau macamana saya cuba berhempas pulas, ia tetap tidak mahu
terbuka. Usaha saya untuk belajar, buat kajian siang dan malam tidak
mendatangkan hasil. Idea yang datang semuanya ‘tak boleh pakai’ untuk
hasilkan tesis Ph.D saya. Nampaknya pintu kejayaan kali ini bukan saja
berkunci, malah ibarat bilik kebal yg memerlukan password, tapi saya tak
tahu apakah ia. Kali ini tekanannya hampir-hampir menyebabkan saya
ingin saja melupakan niat utk membuka pintu itu. Saya hilang punca.
Buntu. Dalam keadaan ‘frust’ itu saya mengadu pada suami yang ketika itu
baru selesai mengimamkan solat maghrib kami. Saya sangkakan beliau akan
beri jalan penyelesaian yang saya boleh cuba: bertanyakan orang lain
yang lebih pakar, cari buku lain yang lebih bagus, atau jom kita pergi
bercuti sekejap untuk ‘refresh’ minda.
Tapi sebaliknya, jawapan suami benar-benar memeranjatkan
saya: “Mama dah belajar, buat kajian siang malam. Dah terlebih rajin dah
babah tengok. Cuba kali ni mama buat benda lain selain buat kajian mama
tu” katanya sambil melipat sejadah. Saya yang masih bertelekung, duduk
tidak berganjak. ‘Buat benda lain?’ saya bertanya dalam hati, confused
dengan apa yang dimaksudkan suami. Berkerut kerut dahi saya cuba
memahami. Suami pula bingkas bangun mencapai naskah Al-Quran di
tepinya. Baru saja ingin bertanya, beliau sudah terlebih dahulu memberi
jawapannya: “Babah rasa ada eloknya mama organize usrah untuk muslimat.
Bincang pasal Quran. Buat sebulan sekali pun dah ok.” Cadang
suami. Matanya tepat memandang saya dengan air muka yang begitu
meyakinkan. Al-Quran di tangannya mula diselak dan dibaca. Begitulah
suami, membaca beberapa halaman kitab dari Tuhan itu usai solat maghrib
menjadi rutinnya setiap hari.
Sambil mendengar bacaannya yang lunak itu, ironinya fikiran saya bertambah confused. Terus terang saja, sebenarnya saya tidak bersetuju dengan cadangan suami itu. Saya fikir, dah la kajian saya sedang bermasalah, masa pula nak digunakan untuk hal lain? ‘Lagilah terkandas kajian mama nanti’ saya mendengus perlahan. Suami yang mendengar, memberhentikan bacaan Qurannnya. “Mama, kita memang kena berusaha untuk berjaya. Tapi, kejayaan itu perlu juga ‘dijemput’” katanya lembut sambil pengusap kepala saya yang masih duduk berteleku di sebelahnya. Agaknya memahami kusut di fikiran isterinya ini. ‘Dijemput’? Bertambah kerut dahi saya dibuatnya. Saya memang tidak memahaminya. Dalam keadaan percaya tak percaya itu, saya pujuk hati ‘Takpela, buat je la, kalau buat research pun bukannya ada idea nak proceed macamana. Kepala tengah berasap’ “Ok” jawab saya perlahan sebelum membuka telekung.
Begitulah permulaannya bagaimana saya menganjurkan usrah di
kalangan kakak-kakak dan adik-adik yang sama-sama sedang buat Master
dan Ph.D. Memang betul telahan saya, banyak masa digunakan untuk tujuan
itu: cari bahan, prepare slide, praktis bercakap, buat usrah. Malah saya
juga join kelas tajwid yang diajarkan oleh seorang sister berbangsa
Arab. Akibatnya, waktu saya di universiti menjadi berkurangan. Kalau
sebelum itu saya akan ke universiti setiap hari dari pukul 8 pagi sampai
ke pukul 5 petang, kali ini jadual belajar saya tidak sepenuh itu. Ada
beberapa jam yang saya ‘tak nampak muka’ di universiti. Tapi yang
menghairankan saya, waktu belajar yang sudah berkurangan itu tiba-tiba
menjadi lebih efisyen. Idea datang tanpa disangka, umpama hujan yang
turun dari langit secara tiba-tiba di tengahari yang panas.
Alhamdulillah, akhirnya idea yang datang itu benar-benar berhasil.
‘Ya Allah, senang je rupanya nak buat Ph.D
ni. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah’ teriak saya dalam hati setiap
kali urusan kajian saya dipermudahkanNya. Masha Allah, umpama magik,
‘pintu’ kebal itu terbuka sendiri dengan mudah, tanpa perlu saya
menghentamnya seluruh jiwa dan raga seperti sebelumnya. Kerana saya
sudah menemui ‘password’nya! Sehingga sekarang saya masih ter-“wow”
dengan kehebatan pertolongan Tuhan apabila pemeriksa tesis
memberitahu, pada akhir sesi viva, yang saya lulus Ph.D ‘without
amendment’. Ya Allah, bukankah satu waktu dahulu semuanya macam
impossible? ‘Now Dia bagi lulus tanpa pembetulan? Masha Allah…’
Keluar bilik viva, sahabat saya yang ikut serta dalam viva tersebut sebagai pemerhati sempat berkata “nampak rileks
je tadi”..Betul katanya, saya sendiri terperanjat dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahu – semuanya Allah punya kerja.
Keluar bilik viva, sahabat saya yang ikut serta dalam viva tersebut sebagai pemerhati sempat berkata “nampak rileks
je tadi”..Betul katanya, saya sendiri terperanjat dengan apa yang berlaku. Tapi saya tahu – semuanya Allah punya kerja.
Baru saya faham apa yg suami maksudkan dengan kejayaan
perlu dijemput. Betul usaha kita belajar perlu sehabis baik. Tapi jangan
kita lupa yang kejayaan itu dari Tuhan. Dia ada ‘kunci’ untuk membuka
pintu kejayaan tersebut. Walau macamana kebal pun, Tuhan tahu ‘password’
pintu itu dan anytime Allah boleh tolong buka jika Dia mahu. Itulah the
power of ‘Kun Fayakun’ milik Tuhan. Baru saya sedar betapa bodohnya
saya selama ini menekan diri sendiri. Sebenarnya target untuk mendapat
pointer ‘4-flat’ itu tidak salah. Yang salahnya ialah apabila saya
fikir saya perlu bersandarkan kepada daya upaya diri sendiri, berhempas
pulas untuk membuka ‘pintu’ kejayaan itu sehingga menekan diri sendiri.
Bahkan sehingga mengabaikan orang lain yang memerlukan saya dan
mengabaikan program-program lain yang penuh barokah. Sedangkan Tuhan
sentiasa ada dan bersedia untuk menghantar ‘pasukan tentera’Nya untuk
membantu.
‘Sesiapa yang meringankan kesusahan seorang Mukmin ketika
di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada Hari Kiamat. Sesiapa
yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan
kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau
keaiban) seorang muslim, Allah akan menutup (aurat dan keaiban)nya di
dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana
hamba itu menolong saudaranya.’ (Hadis riwayat Muslim)
Inilah teknik ‘beyond’ rajin yang saya ingin saya
kongsikan: yang rajin itu sangat bagus untuk mendaki tangga
tangga mencapai kejayaan. Tapi rajin belajar sahaja tidak cukup. Kita
perlu juga rajin ‘menjemput’ kejayaan itu dengan membuat banyak kebaikan
kepada orang lain. Pakar motivasi dari Barat menyebutnya sebagai ‘the
power of servicing others.’ Begitulah, rupanya sifir Tuhan bukan 80/20
tapi sebaliknya:20/80. Kita perlu rajin berusaha sehabis baik, tapi
usaha mereka yang terbaik itu sebenarnya hanya mewakili 20%. Selebihnya
80% kita perlu juga menggunakan masa, tenaga dan hati untuk ‘menjemput’
kejayaan itu: tolong orang lain, menyumbang pada masyarakat, melakukan
aktiviti amal kebajikan. Pendek kata, buat perkara-perkara lain yang
Allah suka. Nantinya, walaupun waktu ulangkaji jadi sedikit berkurangan,
percayalah kita akan lebih mudah faham.Lebih mudah jawab soalan ketika
peperiksaan. Lebih mudah score.
Para pembaca semua, begitulah cara Allah mengajar
makhlukNya. DisuruhNya kita lakukan satu kebaikan tetapi dalam kebaikan
itu, diberiNya kita ribuan manfaat.
Itulah shortcut untuk meraih kejayaan.
‘Don’t bang the door. Find the ‘Key’.
Itulah shortcut untuk meraih kejayaan.
‘Don’t bang the door. Find the ‘Key’.
No comments:
Post a Comment